Saturday, July 26, 2008

Proses penuaian cacing dan memberikan makanan tambahan iaitu kulit durian. Makanan tambahan ini seperti kulit durian dan kulit tembikai untuk menggalakkan pembesaran cacing. Serai wangi juga diletakkan dan berkesan untuk menghalau hama dan lain-lain serangga.

Serai wangi boleh didapati di pasaraya besar seperti Giant dan Carrefour. Biasanya berdekatan dengan racun serangga yang lain seperti Ridsect dan Sheltox.


Ruang kosong yang boleh diletakkan makanan tambahan. Mungkin 'drawer' akan diletakkan berselang-seli masuk dan keluar untuk menggalakkan pengaliran udara.

Percubaan penternakan cacing dalam 'drawer' 5 tingkat.
Harap keadaan tak menjadi panas dan udara di dalam rak menjadi sejuk. Sesuai untuk menghasilkan baja kompos Gred A. Hanya boleh mengisi 15kg makanan cacing (medium). Masalahnya kalau hendak menambah makanan kerana sarang cukup-cukup untuk 15 kg. Hanya ada ruang sikit sahaja untuk penambahan makanan. Semasa minggu kedua, sebanyak 5 ekor cacing mati dalam sehari. Ini disebabkan kekurangan makanan. Ph medium 6.7 manakala suhu medium di antara 32°C dan 34°C. Selepas tambahan makanan tiada cacing mati lagi. Mungkin kerana bekalan cacing saya terdapat cacing jenis 'African Night Crawler' yang makan 2 kali ganda dari berat badannya. Sebab itu makanan cepat habis.
Penternakan cacing di balkoni dalam bekas plastik (sarang/reban). 'Netting' dan kotak digunakan untuk melindungi cacing dari kepanasan matahari dan hujan.

Pada minggu pertama, bekas plastik terdedah pada cahaya matahari waktu pagi. Ini menyebabkan keadaan di dalam sarang panas. Bila penutup sarang di buka terasa bahang udara panas. Banyak cacing lepak dekat lubang udara yang dibuat dan ditutup dengan jaring hijau.
Pada permulaan menternak cacing terlupa memasang lampu menyebabkan cacing keluar dari bekas plastik .

Untuk permulaan pemindahan cacing bagi cacing merah dan cacing harimau perlu memasang lampu dalam 3 hari kerana cacing perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Untuk cacing 'African Night Crawler' lampu perlu dipasang setiap malam kerana spesis ni kuat merayap.